Tuesday, September 7, 2010

Meriahnya Ramadan part 4

Tidak lengkap menyambut Ramadan kalau tak ada majlis Iftar beramai-ramai. Seperti kebiasaannya, Iftar akan diadakan 2 kali iaitu:
1) Mengikut qariah
2) Iftar perdana
Kedua-duanya diadakan di Pakistan Muslim Centre atau glamernya PMC. Iftar peringkat Qariah Darnall telah selamat diadakan pada 21 Ogos 2010 di mana menu yang disediakan secara gotong royong ialah nasi putih, sup kambing, ayam goreng dan sayur campur.




Manakala Iftar perdana yang menggabungkan 3 qariah-Darnall, Tinsley dan City/Firth Park pula telah diadakan pada 5 September 2010 dengan menunya nasi pilau, ayam masak merah, daging masak hitam (atau rendang? tak pasti tp mmg sedap), dalca dan ayam goreng. Qariah Darnall ditugaskan utk memasak ayam masak merah.






Kredit utk Nasir Muni & Zaki Rozi untuk gambar2 di atas.

No comments:

Post a Comment