Tuesday, September 7, 2010
Meriahnya Ramadan part 3
Jika para isteri sibuk membuat biskut raya, kaum suami pula ada agenda tersendiri. Pada masa dan tarikh yang sama, para suami sibuk memasak dodol, wajik dan kuih tiram. Konsep tetap sama juga sape yang berminat boleh join dan kutipan duit akan dibuat serta dimasak bersama-sama. Khabarnya kaum suami mula memasak dodol dari jam 9 pagi hingga 9 malam sehingga berbuka puasa pun di tempat kejadian. Dapat juga la kami 6 jenis kuih dan biskut utk Aidilfitri nanti iaitu dodol, wajik, kuih tiram, biskut almond london, biskut suji dan biskut coklat. Alhamdulillah, juadah raya hampir complete cuma tunggu nk masak utk yg berat pula. Menu mengikut Mr hubby katanya nk masak pulut, rendang, nasi himpit & kuah kacang serta nasi dagang lagi kot.
Kredit untuk Nasir Muni yang amik gambar ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment