Unik juga di sini bila setiap Ramadan (tahun ini kali kedua kami berpuasa di sini), ahli2 kampung Darnall (qariah yang mempunyai masyarakat Malaysia paling ramai di Sheffield) ini akan mengadakan program mesra kuih di mana 3 atau 4 keluarga akan ditugaskan untuk memasak kuih muih tradisional atau moden untuk dibahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Tahun ini seramai 24 keluarga turut serta. Maka setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad, kami akan mendapat 3 atau 4 jenis kuih muih untuk berbuka puasa. Setiap keluarga cuma perlu menyediakan kuih sekali sahaja untuk 23 keluarga yang lain. Dan kami telah diberikan tugasan pada 29 Ogos 2010. Menu kami tahun ini ialah kuih tradisional kelantan - Butir Nangka.

Gambar ihsan Myresipi. Sendiri punya lupa plak nak amik gambar.
Alhamdulillah, walaupun first time buat kuih ni namun menjadi jugak. Rupanya takde la susah sgt nk masak kuih ni. Ada jugak la mereka yang tak pernah rasa kuih ni dan suka pada rasanya. Boleh jugak promote masakan kelantan kan..hehe..Di sepanjang bulan Ramadan ni pelbagai kuih telah dirasa termasuk la bubur jagung, roti jala, apam, puding jagung, nasi lemak, bubur kacang, buah melaka, keria dan sebagainya. Semoga tahun depan program ni diteruskan lagi.
No comments:
Post a Comment