Cepatnya masa berlalu, sudah 2 tahun tidak mencoretkan sesuatu di sini. Hari ini hari terakhir bagi tahun 2013.
Menyusuri kembali tahun 2013 segalanya cerita-cerita yang indah - berjaya submit tesis PhD pada 27 Mac dan kemudiannya menghadapi viva pada 3 Mei (lulus dengan minor correction), melahirkan putera kedua dan juga cahaya mata yg ke 4, Qusay Muayyad pada 11 Jun, menerima senate letter pengesahan PhD pada 24 Oktober dan beberapa moment yang lain.
Terlalu banyak ingin dicoretkan tetapi kekangan masa membantutkan segala hajat. InsyaAllah mahu aktif menulis di sini.. ingin menulis dari hati agar dapat pula menyentuh hati yang lain.. Moga dipermudahkan.. Good bye 2013, welcome 2014!
No comments:
Post a Comment