Merindukan tanahair..

>> Thursday, December 30, 2010

Entah kenapa sejak kebelakangan ni terasa rindu yang amat pada tanahair. Terasa ingin segera pulang dan 'settle' di rumah sendiri. Mungkin juga sebab musim sejuk begini aktiviti agak terbatas dan masa banyak dihabiskan utk tidur..arrggghh. Penulisan agak lembap juga dek kerana alasan yang sama *sigh*. Namun semangat sentiasa berkobar-kobar dan yakin bahawa diri sendiri boleh melakukannya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Registration dengan universiti tamat pada 31 Disember 2011 namun visa kami tamat lebih awal iaitu pada 30 Oktober 2011. Dua bulan tambahan yang diberikan oleh universiti adalah kerana cuti bersalin yang diambil ketika melahirkan Qais Usaimin tahun lalu. Jadi secara tak langsungnya tempoh 3 tahun di sini akan tamat pada 30 Oktober 2011. Lagi sepuluh bulan..aduh. Kalau diamati chapters yang perlu ditulis tidaklah terasa terlalu banyak. Perbincangan awal dengan supervisor tentang berapa chapters nak ditulis telah menampakkan gambaran yg agak jelas. Mungkin 6 atau 7 chapters sahaja bergantung kepada berapa byk studies yang perlu dilaksanakan. Buat masa ini, 3 studies sedang berlangsung ditambah 1 systematic review (atau literature review?)menjadikan 4 chapters semuanya. Lagi 2 chapters adalah untuk Intro dan jugak conclusion/discussion. Harap2 jumlah chapters ni kekal dan tak perlu untuk membuat study tambahan. Jika keadaan tidak mengizinkan utk selesai dalam tempoh 10 bulan ni, permohonan utk extension perlu dibuat utk tempoh 6 bulan lagi. Jadinya, kami akan berada di bumi sejuk beku ini sehingga April 2012 yang menjadikan tempoh biasiswa yang diberikan ialah 3 tahun setengah. Kalau tak settle jugak kena stay on self support..huhu. Harap2 kami boleh pulang sebelum tempoh itu. Berdoa kepada Tuhan semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Read more...

Catatan Istanbul & PhD Viva

>> Friday, December 17, 2010

Dah lama rasanya tidak menjenguk blog sendiri..masa agak terbatas di musim sejuk begini maklum la siang harinya pendek subuh masuk jam 6.10am, syuruk jam 8.15 manakala maghrib pula jam 3.48pm! Terasa sekejap saja masa di school utk membuat kerja2 yang dh bertimbun..malam pula amat susah utk buat kerja apa lagi di rumah di kelilingi oleh anak2 yang mahukan perhatian. Seawal jam 8.30 atau 9.00 malam kami sudah masuk tidur..inilah kelebihan winter..tido yang panjang!

Baru seminggu kembali dari bercuti di Istanbul Turki. Pengalaman berada di Istanbul agak berbeza dengan menjejakkan kaki ke negara orang putih yang lain. Setakat ini kami telah melawat Belgium, Belanda, Jerman dan yang terbaru Turki. Turki kami rasakan yang paling best utk dilawati mungkin kerana tanah Turki pernah didiami oleh para anbiya' dan banyak peninggalan sejarah kebangkitan Islam di sana. Kalau kami ke sana sendirian mungkin perasaan itu tidak sama kerana kami mungkin tidak akan mengetahui sejarah dan latarbelakang sejarah bagi bangunan2 yang kami lawati. Alhamdulillah dengan menggunakan khidmat tour guide Faiz rakyat Malaysia yang sedang belajar di sana membuatkan pengalaman menziarahi Istanbul begitu bermakna sehinggakan kami masih lagi merindukan Istanbul. Benar kata orang bila menziarahi tempat para anbiya' perasaan kita jadi sayu dan hati sentiasa teringat2..kalau ke Mekah apatah lagi..semoga satu hari nanti kami akan dapat menziarahi pula Rumah Allah..Amin.

Seminggu dua ini juga ramai sahabat di Sheffield ini menghadapi Viva..Alhamdulillah ramai di kalangan mereka berjaya memperolehi PhD tidak kiralah dengan minor atau major correction. Yang penting Viva diharungi dengan jayanya dan anugerah PhD telah dapat dipegang. Namun, tak kurang juga yang kurang bernasib baik..perjalanan Viva beliau tidak semudah yang lain, terpaksa mengharungi viva selama 4 jam dan hasilnya tidak dapat dipastikan sehingga supervisor terpaksa masuk campur di dalam urusan tersebut bersama-sama dengan internal dan external examiner. Tidak pasti samada kesilapan memilih external/internal examiner sehinggakan beliau terpaksa melakukan experiment tambahan dan berkemungkinan untuk re-viva! Berat mata memandang...tp tuan punya badan lagi berat menanggung. Itulah perjalanan PhD.. no two PhDs are the same..ada yang bernasib baik mengharungi PhD tanpa sebarang masalah pada pengajian namun diberi dugaan Tuhan dengan ujian sakit, ada pula yang tidak menghadapi masalah di dalam pengajian tetapi diberi ujian kehilangan barang dan harta benda, tidak kurang pula yang bermasalah dengan supervisor yang tidak ambil endah dengan kerja studentnya dan macam2 karenah dan mehnah sepanjang mengharungi PhD..teringat seorang kakak yang telah berjaya memperolehi PhD beliau awal pertengahan tahun yang lalu..beliau telah berkahwin selama 10 tahun namun tidak dikurniakan zuriat namun sebaik menghabiskan PhD dan kembali bertugas di Malaysia beliau disahkan mengandung..Inilah saat manis dan hasil penat lelah yang telah berbayar..alhamdulillah dan tahniah kepada beliau. Diri sendiri? Lagi setahun dan masih banyak yang perlu dilaksanakan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sehingga ke akhirnya. Amin.

Read more...

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP