An Anxious Feeling...

>> Thursday, September 16, 2010



In two months time, I will embark on the beginning of another journey. The final part of being a research student - the final year – a year to get into troubles with all the data, writings and deadlines! Having looked at my 'work' so far makes me anxious as to what have I gained and contributed to my learning process within these 2 years?

I still have a couple of things to be accomplished aside from my longitudinal study i.e. Volitional Help Sheet on self-harmed patients and cross-sectional survey of self-harm in Kuala Lumpur, which will be commenced very soon via online survey. I have to work on systematic review that I owed my SV since last year …..*Sigh* I keep on delaying because fearing that focusing on that will put my head off to my other studies which, also needs my urgency.

By end of the year, I aimed to finish the systematic review, cross-sectional survey and hoping to write and finish the first few chapters. But, first I need to struggle against my procrastination. It’s just too difficult to get rid of this tendency when my brain would only function well and better when the deadline is around the corner! May Allah guide me and strengthen me to stay strong to be able to do all these tasks. Ameen.


Read more...

Salam Aidilfitri

>> Monday, September 13, 2010



Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga di Sheffield, United Kingdom. Maaf Zahir & Batin.

Read more...

Meriahnya Ramadan part 4

>> Tuesday, September 7, 2010

Tidak lengkap menyambut Ramadan kalau tak ada majlis Iftar beramai-ramai. Seperti kebiasaannya, Iftar akan diadakan 2 kali iaitu:
1) Mengikut qariah
2) Iftar perdana
Kedua-duanya diadakan di Pakistan Muslim Centre atau glamernya PMC. Iftar peringkat Qariah Darnall telah selamat diadakan pada 21 Ogos 2010 di mana menu yang disediakan secara gotong royong ialah nasi putih, sup kambing, ayam goreng dan sayur campur.




Manakala Iftar perdana yang menggabungkan 3 qariah-Darnall, Tinsley dan City/Firth Park pula telah diadakan pada 5 September 2010 dengan menunya nasi pilau, ayam masak merah, daging masak hitam (atau rendang? tak pasti tp mmg sedap), dalca dan ayam goreng. Qariah Darnall ditugaskan utk memasak ayam masak merah.






Kredit utk Nasir Muni & Zaki Rozi untuk gambar2 di atas.

Read more...

Meriahnya Ramadan part 3


Jika para isteri sibuk membuat biskut raya, kaum suami pula ada agenda tersendiri. Pada masa dan tarikh yang sama, para suami sibuk memasak dodol, wajik dan kuih tiram. Konsep tetap sama juga sape yang berminat boleh join dan kutipan duit akan dibuat serta dimasak bersama-sama. Khabarnya kaum suami mula memasak dodol dari jam 9 pagi hingga 9 malam sehingga berbuka puasa pun di tempat kejadian. Dapat juga la kami 6 jenis kuih dan biskut utk Aidilfitri nanti iaitu dodol, wajik, kuih tiram, biskut almond london, biskut suji dan biskut coklat. Alhamdulillah, juadah raya hampir complete cuma tunggu nk masak utk yg berat pula. Menu mengikut Mr hubby katanya nk masak pulut, rendang, nasi himpit & kuah kacang serta nasi dagang lagi kot.



Kredit untuk Nasir Muni yang amik gambar ni.

Read more...

Meriahnya Ramadan part 2

Dah abis bercerita pasal kuih untuk berbuka puasa, skang tiba pulak aktiviti ke-2 iaitu menyediakan biskut raya. Konsepnya tetap sama macam program mesra kuih jugak. Namun, utk program biskut raya ni tak ramai yang join cuma 11 keluarga sahaja. Setiap kumpulan ada 3 atau 4 ahli dan dikehendaki menentukan jenis biskut yang hendak dibuat utk 11 keluarga tersebut. Kami memilih biskut Almond London memandangkan group kami ni Pn Suria kita memang terer masak biskut ni. Jadi, bertempat di rumah beliau jugak kami menjalankan operasi membuat biskut raya pada 5 September 2010 yang lepas. Mula dalam jam 10 dan siap pada pukul 3.30 petang. Ahli-ahli yang terlibat ialah Yaz, Kak Zurul serta tuan rumah, Suria.


Proses mencelup biskut ke dalam coklat bersama Kak Zurul


Asisstant yang tak bertauliah sibuk nk buat jugak


the gang & biskut yg dh siap


Kak Zurul tgh packing biskut utk 11 keluarga


Ooops, sembang punya sembang xsedar last tray dh hangus..huhu

Kredit utk Suria yang amik pics nih sume.

Read more...

Meriahnya Ramadan part 1

Ramadan telah masuk hari ke 28 dan Syawal bakal menjelma selang sehari dua lagi. Biarpun kemeriahan Ramadan tidaklah semeriah suasana di Malaysia dengan pelbagai menu dan hidangan yang membuka selera, namun Ramadan di sini memberikan erti yang tersendiri. Alhamdulillah, Ramadan di sini kami tidak pernah membazir. Memasak sekadar apa yang hendak dimakan untuk berbuka dan sedikit untuk bersahur. Tidak ada pasar ramadan yang kami boleh tunjuk2 dan bawa balik yang selalunya bila dah hidang penuh dgn pelbagai makanan yang belum tentu dapat dihabiskan.

Unik juga di sini bila setiap Ramadan (tahun ini kali kedua kami berpuasa di sini), ahli2 kampung Darnall (qariah yang mempunyai masyarakat Malaysia paling ramai di Sheffield) ini akan mengadakan program mesra kuih di mana 3 atau 4 keluarga akan ditugaskan untuk memasak kuih muih tradisional atau moden untuk dibahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Tahun ini seramai 24 keluarga turut serta. Maka setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad, kami akan mendapat 3 atau 4 jenis kuih muih untuk berbuka puasa. Setiap keluarga cuma perlu menyediakan kuih sekali sahaja untuk 23 keluarga yang lain. Dan kami telah diberikan tugasan pada 29 Ogos 2010. Menu kami tahun ini ialah kuih tradisional kelantan - Butir Nangka.


Gambar ihsan Myresipi. Sendiri punya lupa plak nak amik gambar.

Alhamdulillah, walaupun first time buat kuih ni namun menjadi jugak. Rupanya takde la susah sgt nk masak kuih ni. Ada jugak la mereka yang tak pernah rasa kuih ni dan suka pada rasanya. Boleh jugak promote masakan kelantan kan..hehe..Di sepanjang bulan Ramadan ni pelbagai kuih telah dirasa termasuk la bubur jagung, roti jala, apam, puding jagung, nasi lemak, bubur kacang, buah melaka, keria dan sebagainya. Semoga tahun depan program ni diteruskan lagi.

Read more...

Back to School


The autumn term school has started yesterday. I bought Qistina new school uniforms - a pinafore and pant - and also black shoes. She went to school with a mixed feelings after spending a long holiday at home. Qistina is now in Year 1 Class 3 with Mrs Hunston in Phillimore school. She was about to cry when I was leaving. It was like being to school on the first time again. And poor Qaisara that she will be watching Upin & Ipin and singing Alif Ba Taa song alone at home.




Read more...

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP